Sunday 10 July 2011

Membina Blog

Prosedur membina blog amatlah mudah. Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah di bawah :
Langkah 1 :
Pastikan anda mempunyai akaun gmail.

Langkah 2 :
Layari blogger.com dan "sign in" menggunakan google akaun anda.

Langkah 3 :
Masukkan nama yang diingini dalam medan "Display name". Ia akan memaparkan nama anda di dalam blog. Tik "acceptance of terms" dan klik "continue". 

Langkah 4 :
Paparan Dashbord akan dibuka. Klik "create your blog now".

Langkah 5 :
Namakan blog anda. Nama ini akan digunakan apabila rakan-rakan anda mencari anda di dalam web. URL juga perlu diisi tanpa "space".

Langkah 6 :
Anda boleh memilih Template  yang dikehendaki untuk menghias paparan latar belakang blog anda. Kita boleh menukar "template" ini mengikut kesesuaian dan bila-bila masa yang diingini. Klik "continue" selepas memilih.
 
Langkah 7 :
Anda telah selesai membina blog anda. Sekarang anda sudah boleh menghantar pos-pos atau kenyataan aktiviti anda. Klik "start blogging" untuk mula menulis.

 Langkah 8 :
Taip artikel yang dikehendaki. Selepas itu anda hanya perlu klik "publish post" untuk memaparkan artikel anda di dalam blog anda.

Langkah 9 :
Apabila paparan ini berjaya dipaparkan, maka anda telah berjaya menulis blog anda buat pertama kalinya. Anda boleh memaparkan blog anda dengan menekan "view post". 

Paparan yang telah siap. Selamat mencuba.

 
 
  
 

1 comment: